Saturday, October 31, 2009

Jemaah Haji

Posted by Cemang 10:38 PM, under | No comments

Seruan Haji kembali lagi, marilah kita bersama-sama mendoakan jemaah hari yg telah berangkat ke tanah suci baru2 ini, kita harapkan mereka selamat pergi dan pulang.


|| Liga Bola Sepak 11 Sebealah Kampung Batu Puteh ||

Posted by Cemang 8:14 PM, under | No comments

Kejohanan Liga Bola Sepak 11 Sebelah Anjuran Kawasan Rukun Tetangga Kg. Batu Puteh Kinabatangan yang berlangsung di Padang Sekolah Rendah Batu Puteh. Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dari sekitar daerah Kinabatangan.

Perlawanan pembukaan berlangsung kelmarin 31/10/2009 diantara Pasukan Veteran Kg. Batu Puteh dan Pasukan Kg. Sentosa Jaya dimana Pasukan Veteran menang dengan satu gol berbalas kosong. Pasukan Kg. Sentosa Jaya yg diwakili oleh penulis blog ini akan melawan Pasukan Kg. Perpaduan pd hari Sabtu nanti bersamaan 07/11/2009 di tempat yang sama. Berikut merupakan gambar sempena perlawanan tersebut.




|| Perbarisan Hari Kemerdekaan ||

Posted by Cemang 7:34 PM, under | No comments

Ini merupakan logo bagi Persatuan Komuniti Melayu Bugis Kota Kinabalu

Gambar kenangan sempena perbarisan Hari Kemerdekaan

Nie diantara barisan waris2 suku kaum Bugis yg terdapat di Negeri Sabah
Sabah Boleh...Malaysia Boleh...Bugis Boleh...
...............Hidup Bugis...............

http://www.kecapi.4u.net.my

Tuesday, October 13, 2009

Budak Sepultura SMK. Paris Kinabatangan

Posted by Cemang 5:33 AM, under | No comments

Bila lah agaknya kesemua dalam gambar nie dpt berkumpul semula?.....
indahnya jika e2 dapat terjadi... moga semua dalm keadaan sihat...
Gambar nie merupakan gambar kenangan pd tahun 2005 kalau x silap lah... heheh..

Posted by Cemang 4:49 AM, under | No comments

Kebakaran di Kg. Unta lah...
Mesti banyak Unta kat sana kan.. heheheh..

Monday, October 5, 2009

Taufan Parma melanda Filipina

Posted by Cemang 3:14 AM, under | No comments


PELANGGAN terpaksa menggunakan bot untuk berurusan dengan bank di Bandar Santa Cruz, selatan Manila, hari ini. Kawasan itu dilanda hujan lebat selepas Taufan Parma melanda Filipina semalam. Selain banjit, taufan itu turut menyebabkan tanah runtuh dan 16 orang dilaporkan terbunuh.

Nasiblah x melanda Kampung Paris... kalu kat sini mampoiii lah kiter... kita yg selamat ini sumbanglah untuk mereka yg ditipah musibah.. Amin..

Saturday, October 3, 2009

Siti Masitah kahwin

Posted by Cemang 7:14 AM, under | No comments

Seorang lg warga 5 Akasia 2005 dah menjadi milik seorang jejaka... kepada Puan Siti Masitah diucapkan Selamat Pengantin Baru semoga brbahagia ke anak cucu.... Amin....

Dari belakang.. kiri.. Petriana, suami Puan Siti, Puan Siti, Shaherah, Masnah...
Dari hadapan....kiri.. Zul, Cemang, Asoq, Jibril...



Thursday, October 1, 2009

Suku Kaun Bugis

Posted by Cemang 5:25 AM, under | No comments

Suku Kaum Bugis

Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.

Pakaian tradisional suku kaum Bugis.

Pada dasarnya, suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam Dari segi aspek budaya, suku kaum Bugis menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai 'Bahasa Ugi' dan mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil ‘aksara’ Bugis. Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi sewaktu melebarnya pengaruh Hindu di Kepulauan Indonesia.

Aksara Bugis.

Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.

Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.

Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.

Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.

Di antara tarian-tarian suku kaum Bugis.

Konsep siri masiri (malu, menjaga maruah) yang dikaitkan dengan kata-kata suku kaum Bugis antara lainnya :

- "...aja mumae’lo nabe’tta taue’ makkalla ‘ ricappa’na lete’ngnge…”.

Maksud terjemahannya : Janganlah engkau mahu didahului orang menginjakkan kaki dihujung titian ( Janganlah engkau mahu didahului orang lain untuk mengambil rezeki ).

- "...naia riasengage’ to warrani maperengnge’ nare’kko moloio roppo-roppo ri laommu, rewe’ko paimeng sappa laleng molai…”.

Maksud terjemahannya : Yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan, Jikalau engkau menghadapi rintangan berat yang engkau tak dapat lalui atau atasi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya.

Dipetik dari Kertas Projek Penyelidikan "Penglibatan Politik Suku Kaum Bugis Satu Kes Kajian di N.46 Merotai, Tawau" oleh Nordin Bula.

Kini SMK Paris Kinabatangan

Posted by Cemang 5:20 AM, under | No comments





Projek Sayuran Kg. Sentosa Jaya

Posted by Cemang 4:28 AM, under | No comments

Saya mengusahakan projek tanaman sayuran ini sejak bulan Mac 2009 di Kg. Sentosa Jaya Kinabatangan dengan bantuan seorang rakan serta kerjasama drpd Jabatan Pertanian Kinabatangan...
Asi kah main tapuk-tapuk



Nie Dato' Joe @ Dato' Roy
















Tags

Followers