Thursday, June 17, 2010

Reunion SMK Paris Kinabatangan

Posted by Cemang 3:56 AM, under | No comments

























Friday, June 11, 2010

Piala Dunia FIFA

Posted by Cemang 4:57 AM, under | No comments


Estadio Centenario, lokasi pusingan akhir Piala Dunia pertama


Piala Dunia FIFA (selalu dipanggil sebagai Piala Dunia bola sepak atau lebih senang dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA)), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.

Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.[1] Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya tujuh negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil adalah pemegang terkini, juga merupakan pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali, diikuti Itali dengan empat dan Jerman dengan tiga. Pusingan akhir Piala Dunia yang berikutnya bakal berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai, 2010.

Pertandingan antarabangsa sebelumnya

Perlawanan bola sepak antarabangsa yang pertama telah dilangsungkan pada tahun 1872 di antara England dan Scotland, walaupun pada peringkat ini sukan ini telah jarang dimainkan di luar Great Britain. Disebabkan populariti bola sepak ini mula meningkat, ia menjadi satu sukan pertunjukan (dengan tiada pingat dihadiahkan) pada 1900, 1904 dan 1906 sebelum bola sepak menjadi pertandingan rasmi pada Sukan Olimpik Musim Panas 1908. Diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak England, acara ini hanya menjadi acara bagi pemain amatur dan lebih dianggap sebagai satu pertunjukan daripada satu pertandingan. Pasukan bola sepak kebangsaan amatur England telah memenangi acara berkenaan pada kedua-dua tahun 1908 dan 1912.

Kesinambungan acara berkenaan dengan acara Olimpik hanya boleh dipertandingan di antara pasukan-pasukan amatur sahaja, Sir Thomas Lipton mengadakan pertandingan Piala Sir Thomas Lipton di Turin pada 1909. Pertandingan ini biasanya digambarkan sebagai Piala Dunia Pertama,[2] dan memaparkan kelab-kelab ternama dari Itali, Jerman dan Switzerland. Pertandingan julung kali ini telah dimenangi oleh Auckland Barat, pasukan amatur daripada timur-laut England yang telah dijemput selepas persatuan bola sepaknya menolak untuk dikaitkan dengan pertandingan berkenaan. Auckland Barat kembali pada 1911 untuk mempertahankan kejuaraan berkenaan dan piala berkenaan telah diberikan kepada kelab berkenaan selama-lamanya mengikut peraturan pertandingan tersebut.

Dalam tahun 1914, FIFA bersetuju untuk mengiktiraf pertandingan Olimpik sebagai "pertandingan dunia untuk amatur"[3], dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan acara berkenaan. Ini memberikan laluan kepada pertandingan antara benua yang pertama, pada Sukan Olimpik Musim Panas 1924. Uruguay telah memenangi kejohanan berkenaan,[4] sebelum memenangi pingat emasnya kembali dalam tahun 1928, dengan pasukan Amerika Selatan yang lain. Argentina merangkul pingat perak. Pada 28 Mei 1928, FIFA telah membuat keputusan untuk mempertandingkan sendiri kejohanan itu. Dengan Uruguay sekarang mempunyai dua kali kejuaraan dan demi meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-100 dalam tahun 1930, FIFA menamakan Uruguay sebagai tuan rumah piala dunia yang pertama.

Piala Dunia rasmi pertama

Sukan Olimpik Musim Panas 1932 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat tidak merancang untuk memasukkan bola sepak sebagai sebahagian daripada program disebabkan popularitinya yang rendah di Amerika Syarikat. FIFA dan IOC juga tidak bersetuju mengenai status amatur. Oleh sebab itu, acara bola sepak digugurkan daripada kejohanan berkenaan.[5] Presiden FIFA, Jules Rimet seterusnya merancang untuk mengadakan Kejohanan Piala Dunia Perdana di Uruguay pada tahun 1930. Pertubuhan bola sepak kebangsan daripada negara-negara yang dipilih telah dijemput untuk menghantar satu pasukan, tetapi pilihan Uruguay sebagai satu tuan rumah bermakna satu perjalanan yang memakan kos dan masa yang panjang merentasi Lautan Atlantik bagi pasukan dari Eropah. Sebenarnya, tiada negara Eropah yang sanggup untuk menghantar satu pasukan sehinggalah dua bulan sebelum bermulanya pertandingan berkenaan.[4] Rimet akhirnya berjaya memujuk pasukan-pasukan dari Belgium, Perancis, Romania, dan Yugoslavia untuk membuat perjalanan tersebut. Dalam jumlah 13 negara yang mengambil bahagian — tujuh daripadanya adalah dari Amerika Selatan, empat dari Eropah dan dua dari Amerika Utara.

Dua perlawanan Piala Dunia sulung ini berjalan serentak dan telah dimenangi oleh Perancis dan AS, yang masing-masing mengalahkan Mexico 4-1 dan Belgium 3-0. Gol pertama dihasilkan dalam sejarah Piala Dunia telah dijaringkan oleh Lucien Laurent daripada Perancis. Empat hari berikutnya, hat-trick Piala Dunia pertama dijayakan oleh Bert Patenaude daripada AS dalam kemenangan 3-0 terhadap Paraguay. Dalam perlawanan akhir, Uruguay telah mengalahkan Argentina 4-2 di hadapan 93,000 penonton di Montevideo, dan menjadi negara pertama yang memenangi kejohanan bola sepak Piala Dunia.[6]


Tumbesaran

Isu-isu yang dihadapi pada permulaan kejohanan Piala Dunia adalah kerumitan perjalanan antara benua dan peperangan. Hanya sedikit pasukan Amerika Selatan sanggup untuk pergi ke Eropah bagi kejohanan pada 1934 dan 1938, dengan Brazil menjadi pasukan Amerika Selatan tunggal yang bertanding pada kedua-dua kejohanan. Pertandingan pada 1942 dan 1946 telah dibatalkan akibat Perang Dunia II.

Piala Dunia 1950 adalah yang pertama melibatkan British. Pasukan-pasukan British mengeluarkan pasukan-pasukan mereka daripada FIFA pada tahun 1920, sebahagiannya adalah kerana tidak mahu bermain dengan negara-negara yang berada di dalam peperangan dengan mereka, sebahagian lagi sebagai satu bantahan terhadap pengaruh luar di dalam bola sepak,[7] tetapi bergabung kembali dalam tahun 1946 sempena jemputan daripada FIFA. Pertandingan tersebut menyaksikan kembalinya juara 1930 Uruguay, yang telah memboikot kedua-dua kejohanan Piala Dunia sebelumnya.

Dalam kejohanan-kejohanan di antara 1934 dan 1978, 16 pasukan telah layak untuk setiap pertandingan akhir (kecuali dalam beberapa kes di mana pasukan-pasukan menarik diri selepas layak bertanding). Kebanyakan daripadanya adalah daripada Eropah dan Amerika Latin, dengan minoriti yang sangat kecil daripada Afrika, Asia dan Oceania. Pasukan-pasukan ini biasanya mudah dikalahkan oleh pasukan Eropah dan Amerika Latin kecuali Korea Selatan, yang berjaya mencapai suku akhir pada 1966).

Pusingan akhir itu telah dikembangkan kepada 24 pasukan pada 1982, kemudian 32 pada 1998, membenarkan lebih banyak pasukan daripada Afrika, Asia dan Amerika Utara untuk mengambil bahagian. Sejak akhir-akhir ini, peserta-peserta baru ini mendapat lebih banyak kejayaan dengan Cameroon mencapai suku akhir pada 1990, dan Korea Selatan. Senegal dan Amerika Syarikat, kesemuanya mencapai pusingan kalah mati dalam pada 2002. 197 negara mencuba untuk layak dalam edisi 2006, dan kesemuanya kecuali tiga daripada 207 negara-negara ahli FIFA pernah memasuki pertandingan tersebut, dengan ahli-ahli baru Comoros dan Timor Timur masih belum lagi berpeluang untuk berbuat demikian, dan Bhutan[8] ahli tunggal yang belum memasuki pertandingan berkenaan.

Kejohanan yang seumpamanya untuk bola sepak wanita, Piala Dunia Wanita FIFA, dianjurkan dalam tahun 1991. Formatnya serupa seperti kejohanan lelaki, tetapi sehingga sekarang kejohanan berkenaan tidak menjana minat yang sama seperti dalam kejohanan lelaki.

Trofi


Daripada 1930 hingga ke 1970, Trofi Jules Rimet telah dihadiahkan kepada pemenang piala berkenaan. Pada mulanya ia dikenali sebagai Piala Dunia,World Cup atau Coupe du Monde tetapi dinamakan semula dalam tahun 1946 di atas jasa presiden FIFA yang telah menguruskan kejohanan pertama. Dalam 1970, kemenangan ketiga Brazil dalam kejohanan tersebut membolehkan mereka menyimpan trofi berkenaan selama-lamanya. Bagaimanapun, trofi berkenaan telah dicuri dalam tahun 1983, dan tidak pernah ditemui kembali.[9]

Selepas 1970, satu trofi baru dikenali sebagai Trofi Piala Dunia FIFA telah direka. Trofi ini tidak dihadiahkan kepada negara-negara pemenang selama-lamanya walaupun berapa banyak Piala Dunia yang telah mereka menang.[10] Argentina, Jerman (Jerman Barat) dan Brazil telah memenangi trofi berkenaan dua kali. Ia tidak akan diturunkan sehingga nama plak telah dipenuhkan dengan nama-nama negara pemenang dalam tahun 2038.

Format


Sejak kejohanan bola sepak Piala Dunia kedua pada 1934, pertandingan kelayakan telah diadakan untuk mengurangkan jumlah pasukan di pusingan akhir. Ia telah diadakan di setiap zon benua FIFA (Afrika, Asia, Amerika Utara, Timur Tengah dan Caribbean, Amerika Selatan, Oceania, Eropah) yang diselia oleh konfederasi gabungan masing-masing. Bagi tiap-tiap pertandingan, FIFA memutuskan bilangan tempat yang dihadiahkan pada setiap zon sebelum ia bermula berdasarkan kekuatan relatif pasukan-pasukan konfederasi, dan juga bergantung kepada aktiviti melobi daripada konfederasi.

Proses kelayakan boleh bermula seawal tiga tahun sebelum pertandingan akhir dan yang paling lambat dalam jangka waktu dua tahun. Format kelayakan bagi sesebuah pertandingan berbeza di antara setiap konfederasi. Biasanya, satu daripada dua tempat dihadiahkan kepada pemenang play-off antara benua. Sebagai contoh, pemenang antara zon Oceania dan pasukan tempat kelima daripada Amerika Selatan memasuki play-off untuk memutuskan pasukan mana layak untuk ke Piala Dunia 2006.[11]. Daripada Piala Dunia 1938 dan seterusnya, negara tuan rumah menerima tempat automatik dalam pusingan akhir. Kelebihan ini juga telah diberikan kepada juara bertahan, tetapi mulai 2006 dan seterusnya, kelebihan ini ditarik balik yang memerlukan juara untuk melayakkan diri seperti negara-negara yang lain.[12].

Pertandingan akhir

Pertandingan akhir yang terkini memaparkan 32 pasukan kebangsaan bertanding selama sebulan di negara tuan rumah. Terdapat dua pusingan, satu peringkat kumpulan dan satu lagi peringkat kalah-mati.

Di dalam peringkat pertama (peringkat kumpulan), pasukan-pasukan akan dibahagikan ke dalam lapan kumpulan yang mengandungi empat negara. Lapan pasukan pilihan berdasarkan ranking diletakkan dalam kumpulan berbeza. Pasukan lain diundi secara rawak. Semenjak 1998, kekangan diberikan pada cabutan untuk memastikan bahawa tiada kumpulan mengandungi lebih daripada dua pasukan Eropah atau lebih daripada satu pasukan daripada setiap konfederasi yang lain. Setiap kumpulan bermain satu pertandingan round-robin, memastikan bahawa setiap negara yang layak dapat bermain paling kurang tiga perlawanan. Pusingan terakhir perlawanan akan diadakan serentak untuk menghalang sebarang pakatan di antara negara-negara. Semenjak 1994, tiga mata diberikan kepada satu kemenangan, satu mata kepada satu seri dan tiada mata yang diberikan kepada satu kekalahan (sebelum ini, pemenang hanya menerima dua mata). Dua pasukan teratas akan berjaya melayakkan diri ke peringkat kedua (peringkat kalah-mati).

Peringkat kalah-mati adalah satu pusingan penyingkiran di mana setiap pasukan berlawan sesama mereka dalam perlawanan tunggal, dengan masa tambahan dan tendangan penalti digunakan untuk menentukan pihak pemenang, sekiranya perlu. Dalam pusingan 16, pemenang setiap kumpulan akan menentang naib johan kumpulan lain. Ini akan diikuti pada peringkat suku-akhir, separuh akhir dan akhir. Pihak yang kalah pada peringkat separuh akhir akan berlawan dalam penentuan tempat ketiga.

Pemilihan tuan rumah

Pada awal kejohanan Piala Dunia, hak tuan rumah diberikan kepada negara-negara di pertemuan mesyuarat kongres FIFA. Pemilihan lokasi adalah sangat kontroversi, memandangkan perjalanan kapal tiga minggu antara Amerika Selatan dan Eropah, dua kuasa bola sepak pada masa itu. Keputusan untuk melangsungkan kejohanan itu di Uruguay, sebagai contoh, membawa kepada hanya empat negara Eropah sahaja yang bertanding,[13]. Dua kejohanan Piala Dunia seterusnya telah diadakan di Eropah. Keputusan untuk menentukan tempat tuan rumah salah satunya, Piala Dunia 1938 di Perancis adalah kontroversi, kerana negara-negara Amerika Selatan telah difahamkan bahawa tuan rumah Piala Dunia seharusnya bergilir antara dua benua. Kedua-dua Argentina dan Uruguay memboikot pertandingan tersebut.[14] Selepas Perang Dunia ke-II, untuk mengelakkan boikot atau kontroversi akan datang, FIFA telah memulakan satu corak perselangan di antara Amerika Selatan/Utara dan Eropah, sehinggalah Piala Dunia FIFA 1998. Sistem ini diubah supaya negara tuan rumah akan dipilih dalam satu pengundian oleh jawatankuasa eksekutif FIFA. Ini dibuat di bawah sistem pengundian pemindahan tunggal. Keputusan kini dibuat enam tahun sebelum pertandingan bermula.

Liputan media

Piala Dunia pertama kali ditayangkan dalam tahun 1954 dan kini menjadi acara yang paling ramai penonton dan paling diikuti di dunia, melebihi Sukan Olimpik.[15] Penonton terkumpul bagi acara kejohanan Piala Dunia 2002 untuk keseluruhan perlawanan — dianggarkan 28.8 bilion. 1.1 bilion individu telah menyaksikan perlawanan akhir kejohanan ini. Cabutan, yang mana menentukan pengagihan pasukan-pasukan ke dalam kumpulan-kumpulan, disaksikan oleh 300 juta penonton.[16]

Setiap kejohanan Piala Dunia mempunyai maskotnya sendiri. World Cup Willie, maskot untuk 1966, adalah maskot Piala Dunia pertama. Maskot-maskot untuk Piala Dunia FIFA 2006 adalah Goleo, seekor singa, dan Pille, sebuah bola sepak

Pasukan yang berjaya

Untuk senarai yang lebih terperinci, sila lihat Kemunculan pasukan kebangsaan dalam Piala Dunia FIFA

Peta keputusan negara-negara terbaik

Keseluruhannya, 207 pasukan bertanding untuk melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan Piala Dunia dan 78 negara telah berjaya melayakkan diri sekurang-kurangnya sekali. Daripada 78 negara ini, hanya sebelas yang berjaya ke perlawanan terakhir, dan hanya tujuh sahaja berjaya memenanginya. Keekslusifan ini memberikan banyak keghairahan dan semangat kebangsaan di kalangan peminat-peminat kejohanan.

Dengan lima kemenangan daripada tujuh kemunculan dalam perlawanan akhir, Brazil adalah pasukan yang paling berjaya dalam kejohanan Piala Dunia. Negara berkenaan juga adalah negara tunggal yang dapat melibatkan diri dalam setiap pusingan akhir kejohanan Piala Dunia setakat ini.

Pada peringkat benua, Amerika Selatan hanya lebih sedikit daripada Eropah dengan sembilan gelaran berbanding lapan. Brazil dan Jerman terikat sama dengan kemunculan terbanyak dalam perlawanan akhir dengan 7 (Brazil telah memenangi 5; Jerman telah memenangi 3). Brazil dan Itali adalah peserta akhir yang mencabar untuk mendapatkan piala ke-3 dalam 1970 dan untuk piala ke-4 pada 1994. Dalam kedua-dua perlawanan itu, Brazil menang.

Tujuh pasukan yang telah memenangi Piala Dunia dibenarkan menambahkan bintang di jersi mereka.

Pasukan Gelaran Tahun kemenangan Naib juara
Flag of Brazil.svg Brazil 5 1958, 1962, 1970, 1994, 2002 2 (1950*, 1998)
Flag of Italy.svg Itali 4 1934*, 1938, 1982,2006 2 (1970, 1994)
Flag of Germany.svg Jerman 3 1954, 1974*, 1990
(semuanya sebagai Jerman Barat)
4 (1966, 1982, 1986, 2002)
(semuanya sebagai Jerman Barat)
Flag of Argentina.svg Argentina 2 1978*, 1986 2 (1930, 1990)
Flag of Uruguay.svg Uruguay 2 1930*, 1950 -
Flag of England.svg England 1 1966* -
Flag of France.svg Perancis 1 1998* -
Flag of the Czech Republic.svg Czechoslovakia - - 2 (1934, 1962)
Flag of Hungary.svg Hungary - - 2 (1938, 1954)
Flag of the Netherlands.svg Belanda - - 2 (1974, 1978)
Flag of Sweden.svg Sweden - - 1 (1958*)

* sebagai tuan rumah

Enam daripada tujuh juara telah memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran semasa menjadi tuan rumah kecuali Brazil, yang telah kalah pada perlawanan penentuan (dikenali sebagai Maracanazo) apabila mereka menjadi tuan rumah kepada 1950. England (1966 Piala Dunia) dan Perancis (1998 Piala Dunia) telah memenangi piala tunggal mereka semasa menjadi tuan rumah. Akan tetapi, bukan hanya juara sahaja yang mengalami kejayaan manis, negara-negara yang secara tradisi lebih lemah juga lebih berjaya sebagai tuan rumah. Korea Selatan telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir sebagai tuan rumah bersama dalam 2002 padahal sebelumnya tidak pernah melepasi peringkat awal. Kejayaan sebagai tuan rumah dalam kejohanan Piala Dunia merupakan satu sebab yang besar mengapa banyak negara begitu aktif melobi untuk dipilih sebagai tuan rumah, disebabkan kelebihan sokongan penonton; bagaimanapun, terdapat juga tuduhan yang FIFA mengatur pengadilan dan cabutan yang lebih memihak kepada tuan rumah.

Anugerah

Ronaldo, pemenang Kasut Emas pada Piala Dunia FIFA 2002

Pada penghujung Piala Dunia, anugerah akan dihadiahkan kepada para pemain dan pasukan berdasarkan pencapaian berbanding memenangi pertandingan tersebut.

Dewasa ini terdapat enam anugerah:

  • "Kasut Emas Adidas" (dulu dikenali sebagai "Kasut Emas", atau kadangkala "But Emas", pertama kali dianugerahkan dalam tahun 1930) untuk penjaring terbanyak;
  • "Bola Emas Adidas" untuk pemain terbaik (dulu dikenali sebagai "Bola Emas", pertama kali dianugerahkan pada 1982);
  • "Anugerah Yashin" untuk penjaga gol terbaik (pertama kali dianugerahkan pada 1994);
  • "Anugerah Permainan Bersih FIFA" bagi pasukan yang mempunyai rekod terbaik dalam permainan bersih (pertama kali dianugerahkan pada 1978);
  • "Anugerah Pasukan Penghibur Terbaik" bagi pasukan yang berjaya menghiburkan orang awam semasa kejohanan Piala Dunia, dinilai daripada satu undian umum, pertama kail dianugerahkan pada 1994;
  • "Pemain Muda Terbaik Gillette" dihadiahkan kepada pemain di bawah 21 tahun bermulanya tahun kalendar, yang mana pertama kali dianugerahkan pada 2006.

Thursday, June 10, 2010

Tym G Kota Kinabalu

Posted by Cemang 4:42 AM, under | No comments









Tuesday, June 1, 2010

Sandakan Drag 2010

Posted by Cemang 6:01 AM, under | No comments




penat coz seting kreta

Belia paris semasa berkunjung ke litar perlumbaan
Kategori kancil... Limin Baco Nepa gagal mempamer aksi terbaiknya




Nie lah Ringo Chung
Ringo Chung ungguli kategori open turbo
...wow...

mr. bean pun join..
Tayar ka apa oh... besarnya..






Drag Sandakan 2010 Ringo Chung

Tags

Followers