Tuesday, January 19, 2010

FACEBOOK haram untuk menggatal

Posted by Cemang 2:37 AM, under | No comments

SURABAYA: Ulama Indonesia membenarkan umat Islam negara itu memanfaatkan Facebook untuk menambah kenalan atau bekerja, tetapi mengharamkannya bagi tujuan menggatal dan bergosip.

Keputusan itu dicapai hasil pertemuan kira-kira 700 ulama negara itu selama dua hari berakhir semalam.

Mereka turut bersetuju menetapkan garis panduan untuk melayari Internet selepas banyak aduan diterima mengenai Facebook serta laman web sosial lain yang disalahgunakan.

Jurucakap kumpulan itu, Nabil Haroen, berkata Facebook haram jika digunakan untuk bergosip atau menyebarkan cerita bohong.

0 comments:

Post a Comment

Tags

Followers