Thursday, April 29, 2010

SMK Paris Kinabatangan

Posted by Cemang 11:51 PM, under | 4 comments

SMK PARIS KINABATANGAN

Profil Sekolah

Nama Sekoalh: Sekolah Menengah Kebangsaan Paris

Alamat: W.D.T 220, 90200 Kinabatangan, Sabah.

Kod Sekolah: XEA 2079

Telefon: 089-575200

Fax: 089-575202

Tarikh ditubuhkan: Januari 1999

Jarak dari Pekan Kinabatangan: 45 km

Sejarah Penubuhan Sekolah

Penubuhan sekolah ini adalah di atas hasil usaha Dr. Yassin Haji Amit, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan pada masa itu di atas permintaan Tuan Haji Tukang Bin Parenrang yang mengetuai penduduk Mukim Paris. Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 1999 berikutan kepadatan pelajar di SMK Bukit Garam yang mendorong Encik Mohd Zain Jahari, Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan pada masa itu yang berusaha untuk menempatkan 98 orang pelajar tingkatan satu. Pelajar-pelajar tersebut telah memulakan pembelajaran mereka di 2 blok bangunan projek kilat yang dipinjam daripada bangunan SK Paris 3 iaitu telah dibahagi kepada 6 kelas. Pada bulan Mac 1999 pula, seramai 85 orang pelajar tingkatan 2 dari SMK Bukit Garam telah dipindahkan ke SMK Paris. Pada masa itu, tenaga pendidik di sekolah ini hanya seramai 7 orang. Pada 9 Ogos 1999, SMK Paris telah secara rasmi dibuka dengan kunjungan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke SMK Paris dan beliau juga telah menyempurnakan upacara pecah tanah di tapak sebenar SMK Paris yang terletak di Kampung Paris 2 ( 6 km dari SMK Paris ). Pada bulan Februari 2000, bangunan konkrit 4 kelas telah dibina bagi pelajar tingkatan 3 seramai 326 pelajar manakala 1 blok 3 kelas telah diubah suai untuk Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru dan Pusat Sumber. Pada bulan Januari 2001, kelas tingkatan 4 mula dibuka untuk pelajar seramai 87 orang dan pada masa itu, keseluruhan pelajar SMK Paris ialah seramai 425 orang bagi 11 kelas pembelajaran. Beberapa kemudahan lain telah dibina antaranya sebuah bilik telah diubah suai untuk dijadikan makmal, Bengkel Kemahiran Hidup dan Padang Sekolah serta yang terbaru pembinaan surau sekolah telah siap untuk digunakan oleh guru dan pelajar Islam. Menjelang Julai 2005, SMK Paris membuka 17 buah kelas keseluruhannya denga mempunyai seramai 30 orang guru, 2 KTBM dan 598 pelajar. Pada Januari 2009 pula, SMK Paris melakar sejarah dengan penawaran Aliran Sains Tulen apabila kelas tingkatan 4 Sains dibuka. Dengan jumlah 16 orang pelajar dalam kelas ini, mereka merupakan perintis kepada aliran Sains Tulen di SMK Paris. Penawaran aliran sains ini bakal membuka banyak peluang masa depan yang cerah terutama dalam merebut tempat ke bidang-bidang professional di peringkat tinggi. Antara sekolah-sekolah aluran bagi SMK Paris termasuklah SK Paris 3,SK Paris 1, SK Sandau, dan SK Batu Puteh.

Wawasan SMK Paris Kinabatangan

ILMU, AMAL, BAKTI.

Objektif SMK Paris Kinabatangan

Objektif Sekolah Menengah Kebangsaan Paris Kinabatangan adalah untuk memberi peluang pendidikan pada murid-murid mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis.


Visi SMK Paris Kinabatangan

SMK Paris Ke Arah Sekolah Cemerlang Menjelang Taun 2012.

Huraian: Harapan SMKP akan dapat mengubah pencapaian sekolah dalam semua aspek kepada tahap cemerlang. Sekolah ini belum mendapat pengiktirafan diperingkat negeri/kebangsaan sebagai sekolah Harapan Negara. Salah satu sasaran adalah memastikan pencapaian SPM dan PMR sentiasa meningkat selama 3 tahun berturut-turut ( salah satu kreteria yang dinilai ) untuk menjadi sekolah harapan Negara. Bagaimanapun, sasaran bukanlah sekolah harapan tetapi sekolah cemerlang menjelang tahun 2012.

Misi SMK Paris Kinabatangan

Kecemerlangan sekolah dicapai dengan memastikan keputusan akedemik cemerlang, pelajar berdisiplin dan aktif dalam kokurikulum, pengurusan sistematik, persekitaran yang kondusif dan hubungan komuniti yang harmoni.

Watak Sekolah

Ceria, Kasih, Mesra.

Lagu Sekolah

SMK Paris tegak berdiri,

Kebanggaan putera puteri,

Menabur jasa membuat bakti,

Pada ibu pertiwi,

Ilmu, Amal Bakti,

Wawasan pegangan kami,

Disiplin dijunjung tinggi,

Mencapai cita-cita murni,

Pada sekolah tercinta,

Pada guru yang mulia,

Mari kita berseru,

SMK Paris maju…

SMK Paris maju…

4 comments:

Post a Comment

Tags

Followers