Sunday, November 21, 2010
Friday, November 12, 2010
Saturday, October 16, 2010
Thursday, October 7, 2010
Lawatan Dato Usman Jamal bersama rombongan ke Kampung Paris
Sunday, September 26, 2010
Wednesday, September 8, 2010
Cemang Mengucapkan Selamat Menyambut Syawal & Selamat Berhari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Monday, September 6, 2010
Monday, August 23, 2010
Sunday, August 15, 2010
Wednesday, August 11, 2010
Black Berry Diharamkan Di Malaysia?
Tadi aku tengok Buletin Utama TV3 Datuk Seri Dr Rais Yatim menyatakan sedang membuat kajian terhadap Telefon Bimbit BlackBerry ni sama ade Kerajaan Malaysia akan mengharamkan or tidak . Tapi banyak negara sudah mengutarakan isu yang sama dengan alasan telefon bimbit ini boleh mengancam negara. Kerajaan UAE telah menghalang servis BlackBerry kerana mereka berpendapat bahawa penggunaan jalur lebar dengan menggunakan Blackberry tanpa had dan segala rahsia kerajaan dapat di hantar ke luar negara secara automatik. Antara negara lain yang ingin mengharamkan penggunaan BlackBerry adalah Algeria .
Berikut antara sebab-sebab mengapa Telefon bimbit BlackBerry ini diharam?
- Jika terdapat benda yang tidak elok pada laman web tersebut sehingga menimbulkan keraguan kerajaan mereka akan blok tetapi dengan penggunaan BlackBerry mereka tidak dapat berbuat demikian kerana semua data akan di masukkan ke server syarikat BlackBerry sendiri jadi mereka tidak bley blok laman web tersebut. Berbanding telefon bimbit yang lain menggunakan local provider untuk mengakses.
- Lebih ditakuti oleh mereka ialah komunikasi antara pengebom berani mati , dengan menggunakan telefon bimbit ini mereka tidak boleh mengesan perbualan tersebut.
Di Indonesia penggunaan BlackBerry ini tidak diharamkan , adakah Malaysia akan ikut jejak langkah Kerajaan UAE atau Algeria untuk mengharamkannya ? Kita tunggu keputusan dari pihak SKMM selepas kajian yang dilakukan.
P/S : Hope janganla haramkan BB ni aku baru je nak beli ni hahaha
Nota Kaki ( tiru cikmin hehe) : Napa Kerajaan UAE tak haramkan FB ek..Fb pon bley di anggap mengancam negara
Anda mungkin juga minat ni:
Tuesday, August 10, 2010
Ketika Cinta Bertasbih
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah
“Dah tengok movie ketika cinta bertasbih? Try lah tengok, menarik jalan ceritanya”, saranan seorang sahabat pada saya.
Demam filem ketika cinta bertasbih melanda rata-rata mahasiswa. Pada mulanya saya tidak ambil peduli. Namun saranan-saranan yang datang menyebabkan terasa ingin menonton sekali filem ini.
Mulanya agak sukar memahami bahasa Indonesia yang digunakan apatah lagi tidak dilengkapi subtitle. Namun, saya berusaha habiskan jua filem ini secara berperingkat. Tidak seperti filem ‘ayat-ayat cinta’, kali ini ‘ketika cinta bertasbih’ nyata tidak mengecewakan. Saya sukakan panorama indah bumi mesir yang dipaparkan dalam filem ini disamping sarat dengan pengajaran biarpun agak klise menggunakan tema cinta.
Susunan plot yang tidak berbeza dengan novel asal merupakan antara kekuatan filem ini, apatah lagi seawal pemilihan pelakonnya lagi dilakukan secara terperinci. Watak azzam sebagai mahasiswa Indonesia yang miskin sebenarnya bukan sebarang miskin. Ia miskin tetapi berprinsip, miskin tapi haus ilmu, miskin tapi baik hati, miskin tapi kuat imannya, miskin tapi memiliki semangat hidup yang menyala-nyala untuk terus maju dan berprestasi, begitulah seterusnya. Akhirnya berbekalkan dengan modal kemiskinannya itulah ia berjaya meraih kejayaan hidup.
Apatah lagi digandingkan dengan watak Anna Althafunnisa yang sememangnya menjadi idaman pria mahasiswa asia tenggara. Saya kira kekuatan anna terletak pada kebijaksanaannya. Suka saya dengan syarat yang dikenakan Anna pada bakal suaminya, berhujah dengan ilmu sememangnya persis seorang muslimah yang hebat.
Bagi yang belum menonton, banyak pengajaran lain yang dapat diambil melalui filem ini. Apatah lagi Malaysia jarang hasilkan filem-filem seperti ini. Jauh sekali kualitinya dengan drama ‘nur kasih’. Terpulang pada selera masing-masing.
“cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riak, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah, ITULAH CINTA….”
“meskipun lidah ku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur, cinta sendirilah yang mengerah cinta dan tercipta…”
Ketika Cinta Bertasbih
Saturday, August 7, 2010
Selamat Menyambut Puasa Ramadhan
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Saudara-saudari,
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Saudara-saudari,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Wasalam
Wednesday, July 21, 2010
Pekan Baru Sukau Kinabatangan bakal dilancarkan
KAMPUNG SUKAU, KINABATANGAN: Azam seorang wakil rakyat di sini untuk melihat kewujudan sebuah Pekan Baru Sukau semakin hampir jadi kenyataan apabila satu lawatan khas meninjau tapak melancarkan satu-satunya pusat pembangunan dan pentadbiran kawasan Dewan Undangan Negeri itu dilakukan pagi kelmarin.
Saddi Haji Abdul Rahman diiringi oleh Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok, para anggota Jawatankuasa Pemandu Pekan Baru Sukau, pegawai kanan Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) dan kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau.
Saddi adalah pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pekan Baru Sukau bersetuju dengan penyediaan sebahagian kecil daripada lebih 130 ekar tanah bagi projek itu dijadikan pusat Majlis Pecah Tanah Pekan Baru Sukau yang dijangka dilakukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.
Majlis itu dijangka turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman, para pemimpin negeri dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.
Sebelum itu, Saddi turut menyampaikan Surat Tauliah Gantian Tanah kepada para pemohon tanah asal (PT) di kawasan tanah asal sebagai majlis simbolik kepada lawatan lebih sejam ke tapak pelancaran pekan baru itu. Beliau gembira kerana 13 keluarga terlibat bersedia membatalkan permohonan tanah (PT) mereka dengan kerajaan menggantikan 10 ekar, tidak termasuk satu lot rumah di kawasan pekan itu.
“Kurang 50 hari dari sekarang, saya menjangkakan kita dapat menyaksikan aktiviti bersejarah di kawasan tapak cadangan pekan baru ini. Saya sendiri hanya membuat penilaian dari sudut kesesuaian cuaca dan keperluan-keperluan kecil. Jika apa yang kita rancangkan berjalan lancar, maka kita akan lakukan majlis ini di hadapan sekurang-kurangnya lebih 1,000 hadirin, khususnya rakyat di kawasan ini,” katanya kepada media di sini.
Saddi optimis akan kejayaan pelancaran itu yang bakal menjadi tulang belakang penting kepada pembangunan sosio ekonomi serta perkhidmatan rakyat di kawasan terlibat.
Beliau juga yakin kawasan pekan baru itu akan menjadi rujukan utama (koridor) kepada pelaburan masuk program-program pembangunan ekonomi rakyat di kawasan Dun Sukau, khususnya rakyat di kawasan kampung itu.
Saddi sendiri tidak menolak kemungkinan akan kesediaan pihak kerajaan negeri dan persekutuan memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi menjayakan pembinaan pekan baru itu.
Sebelum ini difahamkan, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pekan Baru Sukau mencadangkan pembinaan beberapa kemudahan di kawasan pekan itu melibatkan pejabat wakil-wakil kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, deretan bangunan kedai yang salah satu darinya dimajukan Perbandanan Kemajuan Ekonomi Sabah (Sedco), bangunan pusat ekonomi rakyat, balai polis, sekolah dan tidak terkecuali bank.
Kemudahan infrastruktur rakyat seperti kemudahan jalan raya, kemudahan telekomunikasi, elektrik dan taliair dan perparitan adalah sebahagian daripada pakej pembangunan itu.
“Kalau keperluan ini dapat kita tunaikan, maknanya kita sudah memenuhi sebahagian besar janji pilihan raya saya kepada rakyat di kawasan ini. Malah ini akan menceriakan lagi proses memenuhi Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Dalam lawatan ini, Saddi menggesa rakyat supaya terus memberikan kerjasama kepada rancangan pembangunan itu dan berdoa supaya apa yang mereka sama-sama impin di kawasan berkenaan selama ini akan menjadi kenyataan.
Seorang jurucakap Pejabat Daerah Kinabatangan di sini memberitahu, rancangan menjayakan majlis pelancaran pekan baru itu akan dilakukan dengan teliti agar ia impak besar kepada rancangan kerajaan menjayakan masa depan pembangunan di kawasan ini.
Pengerusi JKKK Kampung Sukau, Azahari Haji Ranggon berkata, beliau tidak sabar untuk menyaksikan detik-detik bersejarah melancarkan pekan baru itu sebagai satu ingatan abadi bermula episod masa depan pembangunan Dun Sukau.